Tuesday, January 13, 2009

Dakwah orang islam
1) Kerana Allah kami mahu ingat mengingat tentang Allah dan perintah-perintah Allah,Boleh tuan bagi masa utk dengar kerana Allah? Saya ingin berpesan kpd diri saya, sahabat bersama dan tuan bahawa Tiada tuhan selain Allah, tiada berkuasa selain Allah, tiada bagi manfaat atau mudarat selain Allah. saya juga ingin ingatkan diri saya, sahabat bersama dan tuan bahawa manusia berjaya bila taat perintah Allah dan manusia gagal apabila langgar perintah Allah.

2) Perintah Allah yang pertama ialah buat kerja Nabi,walaupun kita semua orang islam bukan Nabi dan tidak akan jadi Nabi tetapi oleh kerana Nabi saw adalah Nabi yg terakhir maka Allah telah fardhukan kerja Nabi kepada semua orang islam. Apa itu kerja Nabi? Kerja Nabi ialah mengajak manusia kepada Allah. kepada yang belum terima kalimah LailahailAllah Muhammadarasulullah diajak kepada menerima kalimah iaitu diajak masuk islam. Dan kepada yg sudah terima kalimah iaitu orang islam diajak kepada taat perintah Allah iaitu buat kerja Nabi.

3) Malangnya harini, walaupun orang islam telah difardhukan buat kerja Nabi tetapi orang islam telah melupakan dan meninggalkan kerja Nabi. Orang islam telah biarkan orang belum islam tidak diajak kpd islam dan biarkan orang islam terus langgar perintah Allah iaitu tinggalkan kerja Nabi. jadi orang islam telah jadi kaum yg berdosa dan perintah Allah kpd orang yg berdosa ialah minta ampun & bertaubat. Ini pun orang islam lupa utk bertaubat. jadi, saya mengajak diri saya, sahabat bersama dan tuan utk sama2 mita ampun & bertaubat atas dosa kita tinggalkan kerja Nabi dan juga taubat bagi pihak semua orang islam samada yang masih hidup atau telah meninggal dunia. saya juga ingin mengajak diri saya, sahabat dan tuan utk buat kerja Nabi.

4) Apabila orang islam buat kerja Nabi hanya utk sukakan Allah, maka Allah akan sayang dgn kita dan kita akan jadi kekasih Allah. bila jadi kekasih Allah kita akan dapat segala-segalanya. Allah akan masukkan kalimah lailahailAllah ke dalam hati kita, amal akan jadi betul dan kualiti, doa kita akan Allah kabulkan, apa diminta dari Allah akan diberi, bila kita mohon bantuan dari Allah terhadap musuh kita akan dibantu dan Allah akan ubah keadaan orang islam. dari lemah jadi berkuasa. dari miskin jadi kaya, dari hina jadi mulia dan akhirat dapat syurga.

5) Tetapi sebaliknya, bila orang islam tinggalkan kerja Nabi, maka Allah akan murka dgn umat ni. cinta dunia akan masuk dlm hati orang islam. kita akan hilang Allah jadi kekasih kita dan kita akan hilang segala-segalanya. kalimah yg kita ucap hanya dibibir dan tidak akan masuk ke dalam hati. amal kita akan hanya jadi rupa dan tidak ada ruh dan kualiti. doa orang islam tidak dikabul oleh Allah, apa yang diminta dari Allah tidak akan diberi, bila kita mohon bantuan terhadap musuh kita, Allah tidak akan bantu. Allah tidak akan ubah keadaan orang islam yang mana kite semua akan terus lemah, hina dan tidak berkuasa dengan Allah letakkan orang hina iaitu orang bukan islam berkuasa atas orang islam

6) Untuk buat kerja Nabi sangatlah mudah, modalnya hanya masa. semua orang ada masa kecuali orang yang dah meninggal dunia ataupun orang yang sakit, masa masih ada tetapi tidak boleh guna lagi.

7) Syarat untuk buat kerja Nabi juga mudah hanya perlu tahu satu kalimah sahaja iaitu kalimah lailahailAllah muhammadarasulullah. tidak perlu syarat lain, tidak perlu tunggu jadi alim, tidak perlu tunggu jadi baik dulu , tidak perlu keluarga jadi baik dulu, tidak perlu apa pun syarat lain kecuali tahu satu kalimah. abu bakar r.a hari pertama masuk islam terus buat kerja Nabi

8) Jadi saya nak ajak tuan untuk buat kerja Nabi sebagai kerja utama kita. sebaiknya macam Nabi saw hari-hari 24jam tanpa cuti atau kalau belum bersedia, sekurangnya 1/10 dari masa yg Nabi saw guna untuk buat kerja Nabi iaitu 2jam setengah hari-hari tanpa cuti sampai semua mati.

9) Bagaimana? adakah tuan sedia untuk buat kerja Nabi sebagai kerja utama tuan?

- kalau jawapannya, sedia. tuan perlu belajar untuk buat kerja Nabi

10) Tuan datang masjid untuk sama-sama belajar buat kerja Nabi atau keluar 3hari bersama kita nanti.

9) - kalau jawapannya, belum bersedia. tuan perlu buat niat untuk buat kerja Nabi satu hari nanti bila tuan bersedia

10) untuk kuatkan niat tuan untuk buat kerja Nabi ini, tuan datanglah ke masjid (gast pertama atau malam markas) untuk duduk dalam majlis penerangan tentang kerja orang dan maksud hidup orang islam.

No comments: